Monday, November 23, 2020

Kembara ke Bumi Kiwi..part 1

 Assalamualaikum....

Hurmm..entah kenapa baru sekarang rasa nak menulis blog.. Bila fikir rasa rugi tak mulakan dari dulu.. ngeeee..tapi masih belum terlambatkan.. 😉

Aku nak cerita sikit pengalaman pertama kali ke bumi kiwi pada tahun 2017. Hati ni meronta-ronta nak ke New Zealand dari tahun 2016 lagi..,kenapa tak jd tahun tu rasanya sebb ada krisis dgn travel buddy sbb yg sorang tu taknak pg,kalo member sorang tu pegi..huhu..pening kepla endup tahun 2016 tak jd lah plan ke NZ..


Pada awal 2017,  aku decide walo macamana sekali pun mesti kena jd jugak pegi NZ tahun tu. Aku putuskan utk ke NZ HANYA 3 orang aje.


Dari kiri Nora, aku and tu Kak Yan 

NZ ni ada dua bahagian, South dan juga North. Aku plan untuk ke South sahaja.. dan bermula lah pencarian tiket. 

Pada aku NZ ni paling cantik pegi musim SUMMER iaitu musim panas. Siangnya yang sangat  panjang dan terkenal dengan bunga Lupin yang pada aku sangat cantik. Musim SUMMER ni akan start dari hujung November - Januari. Si dak Nora ngan Kak Yan ni cekgu, jd dorang ni boleh lelama pg berjln time cuti sekolah panjng tu. Mmg cantik bebenolah. 


Bunga lupin


Korang kalo nak tahu, korang boleh ambil direct Flight dr KL ke Aucklaund utara NZ dgn menaiki MAS. Tak silap aku time tu naik MAS boleh dpt harga tiket dalam RM2K return sekali luggage 30kg. Sebb apa MAS murah, sbb dia bersaing dgn AA. Sejak AA dah tak fly ke NZ, harga tiket MAS ke Auck jgn mimpi ler dpt harga tu..ilekk..

Tak tahula kenapa AirAsia dah tak pergi NZ. mungkin kurang dapat sambutan kot.?? Eh yeke, memandai jer aku nih..

Memandangkan aku decide nak pg selatan jer, so aku akan turun dulu di Sydney, Australia then dari Sydney baru ke Christchurch NZ. 

Aku dapt tiket AA return KL-Sydney dalam harga RM800 sekali luggage 25kg. Dan return Sydney - Christchurh pulak dgn JetStar Airlines. Tiket Jetstar dalam RM700+ dgn luggage 55 kg kami kongsi 3 orang ni sebb masuk sekali beg bekalan makanan..

Ok..ni baru intro tau..nanti aku sambung lagi..  










Kembara ke Bumi Kiwi..part 1

  Assalamualaikum.... Hurmm..entah kenapa b aru sekarang rasa nak menulis blog.. Bila fikir rasa rugi tak mulakan dari dulu..  ngeeee..tapi ...